Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, June 17, 2010

Dugaan


Rindu rasanya nak menulis ari ni..agak kebosanan dengan kerja-kerja Ofis yg lum setle..dah agak lebih berbulan2 Nor x menulis..Hari ni ku gagahkan jua jari jemari ku menaip diatas papan keyboard ni..hehehehe

Apa ler nak dikaitkan ngan Title "DUGAAN" tu..actually x de ler apa sangat pun..cume skang ni Nor dah preggy masuk 25 minggu..dugaan yang Allah bagi sepanjang tengah pregnant ni cume Nor & Allah jer tau..dari awal mengandung sampai ler skang..macam2 dari alahan, skang Anemia.

Dah lebih 2 bulan Anemia..kandungan Hemoglobin dalam darah rendah lagi..skang 9.6..Ya Allah! mcm2 cara buat. org ckp mkn kerang, bayam, hati ayam..sume dah sapu..tp darah x sampai lagi 11.. dari iron table dan folic asid dah kena tukar makan saferon. Alahan perfume belum ok lagi..rasa marah sangat bila bau perfume ni..hilang terus mood..mcm nak marah jer ngan org yg pakai perfume tu! hehehe..suke ati aku jer nak marah org..SABAR!!!

Skang Nor cuba ubah style makan.. saferon makan 2 jam sebelum/selepas makan..susu plak minum masa tea time dan sebelum nak tido.. x boleh ambik susu lepas makan nasi atau ubat..nanti kandungan kalsium dalam susu tu akan menghalang penyerapan zat besi dalam badan.

Insyallah Nor tempuhi dugaan ni ngan sabar..semoga doa2 kan Nor sihat selalu yer?

Friday, March 19, 2010

Resepi Seafood Masak Portugis



2 hari lepas teringin sangat nak makan seafood masak portugis. Actually sebelum ni penah makan dekat restoran Atap-Atap, Amcorp Mall PJ. best tau dengan lauk die banyak mmg puas ati. rega pun x ah mahal mana. actually makanan die letak dalam bungkusan aluminium pastu ada daun pisang dlm tu..masakan ni bukan goreng tp bakar (mungkin dlm ovan jer)..so yummy

Sbb teringin nak makan Nor decide nak masak sdiri aje. Klu bg tau my hubby nak mkn kat Atap2 sure die ngamuk sbb ari kj bukan cuti wei!!..x de kj die dr Amcorp Mall balik Klang pastu patah balik ke Amcorp Mall. Nor x ah kejam sangat..Sian die nnt..hehehehe.

sbb x de paper aluminium and ovan pun x de. Nor masak atas dapur jer. Mmg jadi, rasa pun sama, cume kureng urmmppp..maybe sbb x de daun pisang kot..kuang2..So layan je lah resepinye.

RESEPI SEAFOOD MASAK PORTUGIS


Bahan-Bahan

1) 7 Ekor Udang Saiz Sedang
2) 3 Ekor Sotong Saiz Sedang
3) 2 biji Kacang Bendi / petai/ kacang panjang
4) daun kesum/daun limau
5) 1/2 biji limau nipis
6) garam dan gula
7) air


Bahan Kisar

1)1 biji Bawang Merah Besar
2)2 biji Bawang Putih
3)3 batang serai
4)5 biji cili kering
5)1 biji cili merah besar
6) 1" belacan

Cara2

1)kisar semua bahan kisar (jngn terlalu lumat sngt)
2)Tumis Bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak; klu kuah pekat sngt campur sdikit air
3) masukan daun limau/ daun kesum (jika suka)
4) masukan garam gula secukupnya
5) masukan udang dan sotong, kacau
6) masukan bendi yg dah dipotong ( nak letak petai/ kacang panjang pun blh), tabur kat atas jer jngn kacau
7) perahkan asam limau td
8) tutup kuali dengan penutup (nak bagi bendi tu masak skit)
9) Tara dah siap..leh hidang mkn ngan nasi putih

Friday, March 5, 2010

Ikan Kembong Percik


Last Weekend my Hubby beli tempat pemanggang. Duk pikir2 nak masak per yer. atlast dpt idea buat percik ikan Kembong. best gak kn?

Halau my Hubby pg beli ikan kembong kat Econsave. Sementara Nor siapkan Kuah percik die. x susah nak buat percik ni.

RESEPI PERCIK IKAN KEMBONG KELANTAN

Bahan2

2 ekor ikan kembung-dilumur garam dan kunyit (dipanggang)
Santan - 1/2 biji ambik kepala santan
1 biji Bawang Merah besar
2 biji Bawang Putih
7 biji Cili Kering
sdikit halia
sebatang serai -diketuk
1 keping asam gelugor

Cara2
1) bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering diblend bersama2 sdikit santan
2) masukan bahan blend kedalam santan dan masak (slalu gak kena kacau baru sebati)
3) masukan serai, asam gelugor, gula & garam secukup rasa
4) masak sehingga kuah pekat
5) curahkan kuah percik diatas ikan Kembung yg di panggang td.taraaaaa..siap

sedap makan panas2 ngan nasi putih..mmg tambah nasi..hehe

Lama benar


Agak lama Nor tak update my blog ni.. actually x de mood nak update2 bagai. bukan x de story banyak story. mcm2 ada tp ye lah malas nak duk pikir2 apa yg nak tulis. lagi ler dlm keadaan Morning sickness yg agak teruk skang ni..

Last month baru balik kmpg ku, mana lagi Kelate ler masa cuti Chinese New Year itu ari. Best balik kmpg 1minggu plak tu. pg lepak2 kat tepi pantai makan jagung rebus, keropok lekor, mcm2 agi ler. rasa masa duk kmpg makannnnnn jer. Bab kata my Hubby, "Kita ni x de kj lain, makannnnn jer"..hehehe.. ye lah makan kat sini murah. keropok lekor baru seposen sebatang. dah ler panjang, besar lak tu. klu beli RM 2 inggit tu mmg x abis mkn.

petang2 dlm kol 4 kitorg mesti usya mee celup x pun pg merendak kat pantai..hehe umah Nor ngan pantai x jauh sngt. dlm 10 minit jln kaki jer. sempat gak berdating kat Pantai Sri Tujuh, Restoran Terapung.. pekena chicken chop die..x de ler best sngt..lagi best chicken chop Syed Bistro kat Plaza Alam Central tu..

Sempat gak pg Pasar Tumpat 3 kali. Saje beli ole2 wat datang Shah Alam ni. Beli kopok segera jer. Singgah kat Pejabat Agama ambik kad kawing ktorg..nasib baik dah siap.. cun gak kad die..senang ler nak bawak sbb size n bentuk die mcm IC kite, just letak dlm wallet.

Ondway balik singgah kat kedai nasi Sumatera kat jalan pasar Tumpat tu jgak. Kedai tu mmg famous, masa kecik2 kedai die mmg dah wujud. Mak Nor suke sngt nasi die. Tapau utk Mak skali ler. Nasi Sumatera ni kite boleh pilih lauk die. ada kari daging, kari ayam, kari ikan, ayam goreng mcm2 agi. Standard bungkusan die mst ada timun, sayur taugeh. Nor suke kari daging letak telur masin..mmg Walla..sedap. bungkusan die besar bru RM4.00. 1 bungkus blh mkn 2 org. bayangkan nasi die letak mmg bnyk. Mmg puas ati..

Syok sngt masa balik kmpg. Sume yg Nor ngidam nak mkn, dah sapu bersih. x de le meleleh air liur Baby nnt..hehe

Tuesday, February 9, 2010

Rembat Perfume Lagi


Manage to get 2 bottles perfume lagi. Macam biasa, beli ngan Kak Danish. Very Cheap and semestinya Original.

Lacoste pour Femme for women 90ml and Dunhill Desire Red 100ml only 300++. Wow!! so berbaloi-baloi.


yang paling suke skali gift yg kak Danish kasi. Miniature Lolita Lempika. Masyuk bau die, botol die kiut sangat..TQ kak Danish


Tuesday, January 19, 2010

Petua Menjaga Kecantikan



Terbaca pasal contest ni dekat blog Zie..macam berminat plak nak masuk, atleast boleh ler kongsi petua dengan org kat luar sane..lagipun syarat2 nak masuk contest ni x lah ssh mana pun bg Nor. lagipun hadiah die bnyk plak..hehehe..klu dpt menang antara 10 adiah tu mmg syok gak..kena yakin tau..

Syarat-maratnya adalah;

⑴ wajib mengenai kecantikan. Tak kisahlah petua tradisional, moden, purba, atau apa-apa asalkan xbahayakan orang & logik. Petua seperti rendam muka dalam mangkuk tandas xkan dilayan! ;p

⑵ buat entry penyertaan contest ini. Ceritakan secara kreatif petua kecantikan yang korang tahu/ amalkan/ terjumpa kat memana. Ingat,mesti logik ya.Tak kisah nk wat karangan @ bentuk gambar ke xjadi poblem. Asal kreatif. Dah buat entry tu, u ols leave comment di entry contest saya ni mengenai link penyertaan blog u ol supaya saya dan juri boleh merayau ke blog u ol :-) diulangi, leave diblog saya, ya. Kalau nak letak di blog eny dan zie pun boleh tapi u ol maksure ltak juga diblog saya sebab 4 orang juri bersama saya.

⑶ jantina tak jadi masalah. Warganegara Malaysia dan ada blog. Tiada had umur. Hanya 1 penyertaan dari 1 blog diterima :) jangan tamak, oi...

⑷ wajib jadi follower blog
SAYA dan

ENY
(secara rasminya eny sudi berkongsi dana hadiah, hehe). Copy gambar diatas dan letak di entry penyertaan serta link kan pada contest ni ye

⑸ kalau ada petua yang sama, contoh petua blog a, b, c sama..tak jadi masalah sebab kreativiti anda dinilai. Jangan risau.

⑹ contest ini di adili oleh 6juri. 4 juri dalaman dan 2juri dikalangan bloggers iaitu

ENY dan

ZIE ^_* kami akan naik air asia kelas vip untuk melawat blog kalian dan membuat pengadilan

Itu je syaratnya ;-)

Petua Nor ni ringkas saje..amalkan penggunaan MADU sama ada untuk kecantikan ataupun kesihatan. Mmg kite sedia maklum, MADU bnyk khasiatnye. Dalam Islam sndiri menekankan perihal Khasiat MADU ni..mmg bnyk khasiatnye dan merupakan antara ubat untuk seribu penyakit.

PETUA 1

Untuk Petua kecantikan Nor amalkan campuran MADU+PUTIH TELUR (seelok-eloknya pakai telur ayam kmpg) untuk dijadikan masker muka 1 kali seminggu aja. caranya senang saja,


1)campurkan 1 sudu madu (klu boleh jngn pakai sudu besi, stgh sumber kata khasiat MADU boleh hilang, wallahuallam) bersama dengan putih telur dan dikacau rata.

2)Pastikan muka anda bersih dr sebarang kekotoran (make sure basuh muka dahulu)

3)Sebelum sapu, baca selawat dulu 3x then sapukan pada keseluruhan muka kecuali bahagian mulut, kening dan mata anda. Ingat tu!!

4)biarkan masker selama 10~15 minit (Relax kn diri jngn duk pikir masalah)

5)Lepas tu leh la basuh ngan air dan anda akan rasa perbezaannya

pst: jika rajin amalkan petua ni mmg kulit makin licin, jerawat2 kat muka pun leh kecut dan kulit anda akan kemerah-merahan mcm bontot baby gitu..hehehe.. cube la, belum cube belum tahu.


PETUA 2

Manakala Petua ke 2 ni pun mmg berasaskan MADU jgak. Petua ni untuk Awet Muda tau bukan tu jer Nor amalkan sbb Nor ada masalah perut skit slalu sakit perut, betul kot org ckp lahir bulan Julai ni ada masalah perut.hehehe.. Amalkan 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur.

Cara-caranya senang je.

1)campurkan 1 sudu MADU (klu boleh jngn pakai sudu besi, stgh sumber kata khasiat MADU boleh hilang, wallahuallam) kedalam segelas air suam.

2)kacau

3)sebelum minum baca selawat dulu 3x

selebihnya kita tawakal kepada ALLAH..

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, January 15, 2010

Syria Diamond lagi


EDITED on >19/1/2010

saje upload gambar syria diamond yg beli ngan Nurul kat akedsyria..hehehe

Nampaknyer mmg giler syria diamond..hehehe..leh jd duta syria diamond ni ->berangan jer..
Manage to buy another 2 syria diamond. black n grey color. actually Nor beli kat
>>cini. rega die murah lagi dr kat kedai n agak bnyk pilihan warna..

Gambar x sempat nak ambik ler..kemalasan menguasai jiwa..so skang Nor ada 5 helai syria Diamond..koleksi syria ku bertambah lagi..suke,suke....

pst: nurul nati kasi rega special sbb tolong promote ur blog..heheheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring