Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 19, 2010

Petua Menjaga Kecantikan



Terbaca pasal contest ni dekat blog Zie..macam berminat plak nak masuk, atleast boleh ler kongsi petua dengan org kat luar sane..lagipun syarat2 nak masuk contest ni x lah ssh mana pun bg Nor. lagipun hadiah die bnyk plak..hehehe..klu dpt menang antara 10 adiah tu mmg syok gak..kena yakin tau..

Syarat-maratnya adalah;

⑴ wajib mengenai kecantikan. Tak kisahlah petua tradisional, moden, purba, atau apa-apa asalkan xbahayakan orang & logik. Petua seperti rendam muka dalam mangkuk tandas xkan dilayan! ;p

⑵ buat entry penyertaan contest ini. Ceritakan secara kreatif petua kecantikan yang korang tahu/ amalkan/ terjumpa kat memana. Ingat,mesti logik ya.Tak kisah nk wat karangan @ bentuk gambar ke xjadi poblem. Asal kreatif. Dah buat entry tu, u ols leave comment di entry contest saya ni mengenai link penyertaan blog u ol supaya saya dan juri boleh merayau ke blog u ol :-) diulangi, leave diblog saya, ya. Kalau nak letak di blog eny dan zie pun boleh tapi u ol maksure ltak juga diblog saya sebab 4 orang juri bersama saya.

⑶ jantina tak jadi masalah. Warganegara Malaysia dan ada blog. Tiada had umur. Hanya 1 penyertaan dari 1 blog diterima :) jangan tamak, oi...

⑷ wajib jadi follower blog
SAYA dan

ENY
(secara rasminya eny sudi berkongsi dana hadiah, hehe). Copy gambar diatas dan letak di entry penyertaan serta link kan pada contest ni ye

⑸ kalau ada petua yang sama, contoh petua blog a, b, c sama..tak jadi masalah sebab kreativiti anda dinilai. Jangan risau.

⑹ contest ini di adili oleh 6juri. 4 juri dalaman dan 2juri dikalangan bloggers iaitu

ENY dan

ZIE ^_* kami akan naik air asia kelas vip untuk melawat blog kalian dan membuat pengadilan

Itu je syaratnya ;-)

Petua Nor ni ringkas saje..amalkan penggunaan MADU sama ada untuk kecantikan ataupun kesihatan. Mmg kite sedia maklum, MADU bnyk khasiatnye. Dalam Islam sndiri menekankan perihal Khasiat MADU ni..mmg bnyk khasiatnye dan merupakan antara ubat untuk seribu penyakit.

PETUA 1

Untuk Petua kecantikan Nor amalkan campuran MADU+PUTIH TELUR (seelok-eloknya pakai telur ayam kmpg) untuk dijadikan masker muka 1 kali seminggu aja. caranya senang saja,


1)campurkan 1 sudu madu (klu boleh jngn pakai sudu besi, stgh sumber kata khasiat MADU boleh hilang, wallahuallam) bersama dengan putih telur dan dikacau rata.

2)Pastikan muka anda bersih dr sebarang kekotoran (make sure basuh muka dahulu)

3)Sebelum sapu, baca selawat dulu 3x then sapukan pada keseluruhan muka kecuali bahagian mulut, kening dan mata anda. Ingat tu!!

4)biarkan masker selama 10~15 minit (Relax kn diri jngn duk pikir masalah)

5)Lepas tu leh la basuh ngan air dan anda akan rasa perbezaannya

pst: jika rajin amalkan petua ni mmg kulit makin licin, jerawat2 kat muka pun leh kecut dan kulit anda akan kemerah-merahan mcm bontot baby gitu..hehehe.. cube la, belum cube belum tahu.


PETUA 2

Manakala Petua ke 2 ni pun mmg berasaskan MADU jgak. Petua ni untuk Awet Muda tau bukan tu jer Nor amalkan sbb Nor ada masalah perut skit slalu sakit perut, betul kot org ckp lahir bulan Julai ni ada masalah perut.hehehe.. Amalkan 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur.

Cara-caranya senang je.

1)campurkan 1 sudu MADU (klu boleh jngn pakai sudu besi, stgh sumber kata khasiat MADU boleh hilang, wallahuallam) kedalam segelas air suam.

2)kacau

3)sebelum minum baca selawat dulu 3x

selebihnya kita tawakal kepada ALLAH..

SELAMAT MENCUBA!!

3 comments:

ardinihumaira said...

;-) thanx join.. Salam ziarah..hehe.. Best tu madu. Sambil2 masuk mulut. Nyum2..

enyheartsdiamond said...

sedapnya madu :))

Man said...

Salam...

Untuk kulit cerah,bersinar & bersih cubalah suntikan vitamin c & pil L-Glutathione...terasa perubahan selepas 4 minggu...

http://www.vitamincollagen.blogspot.com

Untuk keterangan lanjut:
Hubungi Man:017-2373269 (Beauty Expert)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring