Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Friday, August 19, 2011

Nasi Ayam Menu Buka Puasa

Menu buka kali ni Nasi Ayam..memenuhi permintaan cik Suami..nasi ayam yg sangat simple aje..ulam pun timun ngan tomato aje..sbb salad dah sold out kat kedai runcit..hehehehe





 Nasi ayam yg simple

 Suka pakai sos ummi ni untuk nasi ayam..tak pedas mmg sesuai utk kanak-kanak jugak.

Wednesday, August 10, 2011

Breaking Fast~ Day 9

Semalam..menu biasa2 aje..

  1. Air Sirap
  2. Nasi Putih
  3. Ayam Masak Kicap
  4. Pak Choy goreng belacan
  5. Telur Dadar
  6. Timun & Budu



Breaking Fast~ Day 8

Malas masak ari..beli jer kat sek 18..rasa cam nak makan nasi kerabu..terjah kedai nasi kerabu kat depan Masjid Unta di Seksyen 18..

Best woo nasi kerabu die..tapi pada yang berminat nak usha nasi kerabu situ, dinasihatkan beli sebelum kol 6 lebih..sebab lauk die cepat sangat abis...Nor beli ari tu baru kol 5 lebih..dah abis dah telur masin, nasib baik solok lada tu ada tinggal lagi 1..hahahah...rezeki..so nasi kerabu, Air Kelapa & Akok

Lepas membeli dan membelah..kitaorang serbu Padang belakang Blue Wave Hotel Seksyen 14 ek..ala depan muzium tu..

Syok bukak pose situ..lapang..


Ganbar google aje...

Breaking Fast ~ Day 7

Menu ari ni..

  1. Air Soya beli ( tak sedap)
  2. Nasi Putih
  3. Sayur Lemak
  4. Ayam Goreng Rempah
  5. Ikan Rebus Goreng

Gambar tak de..sorry

Breaking Fast~ Day 6

Menu untuk buka puasa hari ke 6, rasanye agak keletihan bila teringat balik pasal aritu.. sbb last minute beli lauk basah pastu balik umah nak kena terus masak..sampai2 umah dah pukul 6..

Menu bukak ari ni agak berat sikit iaitu Nasi Tomato..ntah tetibe teringit plak nak makan nasi tomato, bukan cik kak ngandung tau..iyelah bulan-bulan pose ni sume nampak sedap aje..

So selepas sesi bersilat didapur

  1. Air bandung
  2. Nasi Tomato
  3. Ayam Masak Merah
  4. Acar Timun


pakai beras biasa aje..tu yg tak puas ati tu..hahah nak jugak beras bashmati, panjanggggggg





Ni sah-sah tukang sibuk kat dapur..suka nar tolong ibu die kemas pinggan mangkuk kat dapur..tudung periuk kat daput tu sumer dah kemek...jasa balingan Syahir..hahaha

Ni tunjuk muka kesian sebab tak de orang sudi nak suapkan nasi kat dia.

Muka busuk Syahir..kalau kite tengah marah lepas die buat sesi "kemas Mengemas" kat dapur mesti dia akan buat muka busuk ni..sure tak jadinye marah..hahaha

Breaking Fast~ Day 5


Day 5, that day just breaking fast kat luar..malas masak since dah gaji kan..hakhak..makan kat kedai Mamak Syed Bistro Plaza Alam Sentral aje.

Mula-mula, ingat nak order nasi beriani. Alih-alih cancel sebab takut bila tengok portion dia yang memang lah sangat banyak..takut membazir aje..Buka pose bukan makan banyak mana pun

Menu bukak ari tu

  1. Air Teh O Ais
  2. Nasi Putih
  3. Sayur kubis
  4. Daging masak hitam
Sorry Gambar tak de...

Friday, August 5, 2011

Breaking Fast ~ Day 4

Semalam Menu simple, since nak habiskan stock lauk dalam peti ais tu..so, last night our breaking fast menu

  1. Air Sunquick
  2. Nasi Putih
  3. Ayam Masak Kicap
  4. Telur Dadar
  5. Timun & Budu tempoyak
  6. Homemade Yong Taufu






 Ayam masak kicap yang sedang-sedang sedap..haha tawakkal je if bulan pose ni

 Yang ni tak boleh blah, my husband favourite BUDU TEMPOYAK


Makanan tambahan, Homemade Yong Taufu..ada banyak lagi lebihan yuki chikuwa, hotdog & crab ball dlm peti tu..So, buat kuah yong taufu pastu taburkan kacang goreng tumbuk..

Thursday, August 4, 2011

Readymade VS Homemade Tomyam

Ermm..macam mana nak start ni..ada yang tanya pasal resepi Tomyam..ok2, sebab tak banyak kerja maksudnya free lah kan? Nor gagahkan jugak menaip dibulan pose ni. tak salah kongsi2 resepi dan Rahsia masakan..so, no more "SECRET RECIPE"

Tomyam Readymade

This one very simple, ala-ala tutup mata pun boleh buat..very recommended during fasting month..ye lah tak payah nak susah-susah rasa kan? yang paling penting proses penyediaan pun cepat, sesuai untuk wanita yang bekerja..

Bahan-bahan (4 orang makan)

  1. Ayam/Udang/Sotong (kuantiti terpulang)
  2. sedikit minyak (untuk tumisan)
  3. Air (kuah)
  4. Bawang putih 2 ulas (diketuk)
  5. daun limau purut (2/3 helai pun dah cukup)
  6. serai 2 batang (kurus-kurus pun boleh)
  7. PASTE TOMYAM ADABI 1 peket
  8. tomato 1 biji (dihiris kasar)
  9. Bawang Besar 1 biji (hiris kasar-kasar)
  10. Sayur mayur (terpulang...bunga kubis,kubis,cendawan)
  11. Daun Ketumbar (dipotong kasar-kasar)
Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih, serai (pastikan bawang putih kekuningan)
  2. Masukkan air (kuantiti terpulang mengikut kuantiti bahan-bahan lain)
  3. Masukkan PASTE TOMYAM ADABI dan juga daun limau purut
  4. Masukkan lauk pilihan anda selepas kuah mendidih
  5. Masukkan bawang besar, sayur dan tomato
  6. Rasakan kuah biar secukup rasa (tambah ler gula ker garam..terpulang pada lidah masing-masing)
  7. akhir sekali masukkan daun ketumbar & tambahkan cili jika nak lebih pedas

Thai Tomyam Paste..Readymade punya..senang, pantas


Tomyam Homemade

Yang ni plak, disarankan buat if uols ada banyak masa terluang..time pose2 ni kalau nak buat tu recomended on weekend aje lah

Bahan-bahan

  1. Ayam/Udang/Sotong (kuantiti terpulang)  
  2. sedikit minyak (untuk tumisan) 
  3. Air (kuah)
  4. Bawang putih 2 ulas (diketuk) 
  5. daun limau purut (2/3 helai pun dah cukup) 
  6. serai 2 batang (kurus-kurus pun boleh) 
  7. Cili Merah Besar 2 biji
  8. tomato 2 biji (1 dipotong kasar2)
  9. Limau nipis 1 1/2 biji (ambik jusnye)
  10. Bawang Besar 1 biji (hiris kasar-kasar) 
  11. Sayur mayur (terpulang...bunga kubis,kubis,cendawan) 
  12. Perisa, garam & gula

Cara Masak

 
  1. Kisarkan 1 biji tomato, 2 biji cili merah besar dan 1 cawan air (kisar jangan halus sngt, biar ada merah2 cili dan tomato tu..paham idak? ni nak buat kuah tomyam nanti..so kuah tu tak de ler pucat aje..ada ler merah2nye)
  2. Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih, serai (pastikan bawang putih kekuningan)
  3. Masukkan bahan yang dikisar tadi..tambahkan air kalau nak kuah lebih(kuantiti terpulang mengikut kuantiti bahan-bahan lain) 
  4. Masukkan daun limau purut 
  5. Masukkan lauk pilihan anda selepas kuah mendidih 
  6. Tambahkan perisa, garam dan gula biar secukup rasa
  7. Masukkan bawang besar, sayur dan tomato yang dipotong kasar tadi
  8. akhir sekali masukkan jus limau (letak sikit2 dulu, takut terover masam plak) & tambahkan cili jika nak lebih pedas
  9. rasakan kuah tomyam..biar ada masam, masin dan manisnye..
PETUA : kalau perhatikan kenapa jus limau tu kena letak akhir? sebab kalau letak awal2, rasa masam tu akan hilang pastu akan jadi pahit2 sebab dah lama kuah tu mendidih, kalau letak akhir, rasa masam2 tu masih lagi asli..paham tak ni? ok jap agi nak mengelamun nak masak apa plak ari ni untuk bukak pose..

Breaking Fast ~ Day 3

Last Night we were having a steambot. Just a homemade steambot..hahahaha

  1. Sirap
  2. Nasi Putih
  3. Steambot (Tomyam Thai)

 




 










Kesimpulannya : Memang best woo!! makan slow2, Syahir main kat ruang tamu dalam walkernye, memang feeling2 makan kat kedai ler..hahahah..kalau makan kat luar ni risau jugak bawak Syahir tambahan rushing nanti nak sembahyang ker apa..lagi bagus buat jer kat umah..bab kata suami ku, Jimattttttttttttttttt.......nasi 2 kali tambah


Wednesday, August 3, 2011

Breaking Fast ~ Day 2

Yesterday, i was breaking fast alone since my husband was working..(katenya bukak puasa ngan kawan2 makan Nasi Kandar..uwek =P)

Nevermind, i still have someone to accompany me..hehehe..Syahir...but unluckily, he fell asleep.. Pity me...sob sob
  1. Air Ribena
  2. Nasi Putih
  3. Sayur campur (cendawan, kubis & kubis bunga)
  4. Ikap Cencaru 4 rasa
  5. Sambal Belacan





 Sayur Campur..sedapppp..

Ikan 4 rasa pun sedap jugak

Tuesday, August 2, 2011

Breaking Fast ~ Day 1

Our breaking fast menu on the first day Puasa

  1. Lychee Syrup
  2. Asam Pedas Ikan Tongkol
  3. Ikan Cencaru Goreng Panas2
  4. Ikan Gelama Masin/kering Goreng (My Mom make it)
  5. Sambal Sardin (Balance from our sahur..hehehe..tak baik membazir)
  6. Timun & Sambal Belacan (My Mom recipes..sedap wooo)

 Lychee Syrup

 

 Asam Pedas Ikan Tongkol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring