Thursday, August 4, 2011

Readymade VS Homemade Tomyam

Ermm..macam mana nak start ni..ada yang tanya pasal resepi Tomyam..ok2, sebab tak banyak kerja maksudnya free lah kan? Nor gagahkan jugak menaip dibulan pose ni. tak salah kongsi2 resepi dan Rahsia masakan..so, no more "SECRET RECIPE"

Tomyam Readymade

This one very simple, ala-ala tutup mata pun boleh buat..very recommended during fasting month..ye lah tak payah nak susah-susah rasa kan? yang paling penting proses penyediaan pun cepat, sesuai untuk wanita yang bekerja..

Bahan-bahan (4 orang makan)

  1. Ayam/Udang/Sotong (kuantiti terpulang)
  2. sedikit minyak (untuk tumisan)
  3. Air (kuah)
  4. Bawang putih 2 ulas (diketuk)
  5. daun limau purut (2/3 helai pun dah cukup)
  6. serai 2 batang (kurus-kurus pun boleh)
  7. PASTE TOMYAM ADABI 1 peket
  8. tomato 1 biji (dihiris kasar)
  9. Bawang Besar 1 biji (hiris kasar-kasar)
  10. Sayur mayur (terpulang...bunga kubis,kubis,cendawan)
  11. Daun Ketumbar (dipotong kasar-kasar)
Cara Masak

  1. Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih, serai (pastikan bawang putih kekuningan)
  2. Masukkan air (kuantiti terpulang mengikut kuantiti bahan-bahan lain)
  3. Masukkan PASTE TOMYAM ADABI dan juga daun limau purut
  4. Masukkan lauk pilihan anda selepas kuah mendidih
  5. Masukkan bawang besar, sayur dan tomato
  6. Rasakan kuah biar secukup rasa (tambah ler gula ker garam..terpulang pada lidah masing-masing)
  7. akhir sekali masukkan daun ketumbar & tambahkan cili jika nak lebih pedas

Thai Tomyam Paste..Readymade punya..senang, pantas


Tomyam Homemade

Yang ni plak, disarankan buat if uols ada banyak masa terluang..time pose2 ni kalau nak buat tu recomended on weekend aje lah

Bahan-bahan

  1. Ayam/Udang/Sotong (kuantiti terpulang)  
  2. sedikit minyak (untuk tumisan) 
  3. Air (kuah)
  4. Bawang putih 2 ulas (diketuk) 
  5. daun limau purut (2/3 helai pun dah cukup) 
  6. serai 2 batang (kurus-kurus pun boleh) 
  7. Cili Merah Besar 2 biji
  8. tomato 2 biji (1 dipotong kasar2)
  9. Limau nipis 1 1/2 biji (ambik jusnye)
  10. Bawang Besar 1 biji (hiris kasar-kasar) 
  11. Sayur mayur (terpulang...bunga kubis,kubis,cendawan) 
  12. Perisa, garam & gula

Cara Masak

 
  1. Kisarkan 1 biji tomato, 2 biji cili merah besar dan 1 cawan air (kisar jangan halus sngt, biar ada merah2 cili dan tomato tu..paham idak? ni nak buat kuah tomyam nanti..so kuah tu tak de ler pucat aje..ada ler merah2nye)
  2. Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih, serai (pastikan bawang putih kekuningan)
  3. Masukkan bahan yang dikisar tadi..tambahkan air kalau nak kuah lebih(kuantiti terpulang mengikut kuantiti bahan-bahan lain) 
  4. Masukkan daun limau purut 
  5. Masukkan lauk pilihan anda selepas kuah mendidih 
  6. Tambahkan perisa, garam dan gula biar secukup rasa
  7. Masukkan bawang besar, sayur dan tomato yang dipotong kasar tadi
  8. akhir sekali masukkan jus limau (letak sikit2 dulu, takut terover masam plak) & tambahkan cili jika nak lebih pedas
  9. rasakan kuah tomyam..biar ada masam, masin dan manisnye..
PETUA : kalau perhatikan kenapa jus limau tu kena letak akhir? sebab kalau letak awal2, rasa masam tu akan hilang pastu akan jadi pahit2 sebab dah lama kuah tu mendidih, kalau letak akhir, rasa masam2 tu masih lagi asli..paham tak ni? ok jap agi nak mengelamun nak masak apa plak ari ni untuk bukak pose..

1 comment:

Life as AsMissY said...

yg ni mmg xsbr nk try buat.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring