Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 25, 2012

Homemade Pizza

Hari Jumaat lepas HR Senior Manager announced 1/2 day leave sebelah petang..sonok!!..husband takde plak dapat cuti or balik awal..so mintak izin ngan cik suami nak berjalan2 kat PKNS & Plaza Alam Sentral

Plaza Alam Sentral punye pack sangat orang aritu..ni gara2 THE STORE Warehouse sale ler ni..murah2 jugak ler..tapi baju baby & kanak2 mcm tipu ajer price die..ada ker patut kat original tag printed RM11.90..The Store tag lak RM13.90..ade ker patut..tapi tu ada 50% ler..hampeh!!..so kena ati2 jngn mudah terpedaya..Nor beli bakul baju besar gedabak..bru RM5.9..huhu..eh eh!! apa plak melalut ni..kata nak citer pasal homemade pizza, duk plak melebih2 citer sal bende lain..hehe, nak citer aritu ada ler beli bahan2 nak buat pizza ni..sajer nak godek2 masak pizza sediri..cuti lama 4 1/2 ari tau..duk umah jer. tak balik kampung pun..


Gambar credited to babeinthecitykl.blogspot.com

2 hari berturut2 buat pizza untuk tea time..berbaloi2..tak sempat nak snap photo..sbb keluar dari oven tu terus ngap..**tipu ler tu..takkan tak potong dulu, hidang letak dalam pinggan ker..huhu

Tak susah mana pun nak buat pizza ni..doh dia bahan2 yang Nor guna sama ngan doh nak buat donut..kalau terlebih doh tu leh terap2 buat donut plak..2 dalam 1

RESEPI HOMEMADE PIZZA

Bahan-bahan doh
1 cawan tepung gandum
1 sk instant yis
1 sk bread improver
1 sk ovallet
1 sk gula
1 sk serbuk penaik
secubit garam **
1 sb shortening (lemak sayur) kalau takde leh ganti marjerin
70ml air suam **

1) masukkan garam kedalam air, kacau dan ketepikan (bahan bertanda **)
2) campurkan semua bahan2 yang tidak bertanda kedalam bekas dan gaul..gaul pakai tangan lagi senang..gaul sehingga tiada lagi butiran kasar.
3) masukkan campuran garam+air suam tadi kedalam bahan yang digaul tadi..(masukkan sikit demi sedikit sambil diselang seli proses mengaul..)
4) uli bahan2 tadi sehingga menjadi doh..(sehingga tiada lagi adunan melekat pada bekas dan tangan)
5) tutup doh & biarkan doh tadi kembang sehingga 2 kali ganda..(biarkan lebih kurang 30 minit)

Bahan-bahan Sos untuk Topping
1/2 biji tomato merah ~ dikiubkan
1/4 biji bawang holland ~ di kiubkan
1 sb sos cili
1 sb sos spaghetti ~ takde boleh ganti dengan sos tomato puri
secubit lada hitam
minyak untuk menumis

1) tumiskan bawang & tomato yang dikiubkan sehingga naik bau
2) masukkan semua bahan dan masak sehingga pecah minyak

Proses Membuat Pizza

1)uli doh yang telah kembang tadi..uli dan keluarkan angin dalam doh tadi
2)canaikan doh(nak bulat ker petak ker terpulang mengikut acuan yang digunakan semasa proses menbakar)
3)doh jangan terlalu tebal & jangan terlalu nipis..kalau boleh tang tengah tu kasi nipis sikit & yang edge kasi tebal sikit (takde ler sos meleleh nanti, ada blocking)
4)masukkan doh yang dicanai tadi kedalam acuan dan cucuk-cucukan bahagian tengah tadi dengan garfu..nak kasi penggudaraan
5)sapukan mayonis dengan satu lapisan nipis & sapukan pula dengan bahan-bahan sos topping tadi..bakarkan kedalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah terlebih dahulu..bakar lebih kurang 5 minit
6)keluarkan  pizza tadi dan taburkan dengan mix vege, hotdog yang telah dipotong & cheese. (topping terpulang ikut selera & kreativiti masing2 , cendawan ker, meatball ker)
7) Masukkan kedalam oven dan bakar selama 40 minit..

Anak-anak pasti suka..cuba ler..beli kat kedai mahal tuuu..bahan2 yang dah dibeli boleh buat banyak biji pizza tau..huhu..yang penting kita rasa confident untuk makan..terjamin kebersihannya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring