Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 3, 2012

Ronasutra Mineral Makeup


Sapa penah pakai 2 in 1 Foundation & powder ni angkat tangan? korang rasa macam mana pakai? best tak?


Nor baru jer try beli & pakai bulan lepas..best ler..masa tu beli kat kedai jamu jer..harga asal RM48 tapi mintak kurang dapat ler RM44..ok ler kan?

Nor pilih warne 04 Honey..alhamdulillah nasib baik kena ngan warne kulit..risau gak masa nak beli tu..mula2 nak ambik 03 Natural Buff, tapi cam cerah ajer..nak ambik 05 Mocha tu gelap plak..so ambik 04 Honey.

Mula2 pakai tu ada kesan ketara yang Nor nak kongsi

  1. lepas dah sapu kat muka, mule2 nmpak cam pelik jugak cam tompok2, tapi lepas a few minute dia blend ngan kulit kita baru nampak ok..suke
  2. lepas pakai tu muka akan rasa gatal2..bukan gatal yang teruk..tapi mcm kat dalam kulit ni ada bende bergerak gitu..paham tak?..hahaha..mcm lepas kita makan seafood..Nor ni ada resdung.. Normal ker? lepas search kat net baru tahu tu normal sbb bedak ni jugak bertindak membantu pulihkan resdung..bagus2
  3. walau pakai lebih 5 jam..muka tetap tak berminyak..maintain woo..
  4. Kulit kite nampak shine skit sebab bedak ni ada shining..glow ler katakan
  5. amount sekali sapuan tu memang skit jet pakai..jimat..
Macam mana Nor pakai
  1. Mula2 pakai Moustrizer
  2. biarkan Moustrizer tu menyerap dalam kulit dulu
  3. Letakkan sedikit 2 in 1 Foundation & powder ni kedalam penutup..sikit jer dah cukup
  4. tekapkan 2 in 1 Foundation & powder ni menggunakan span dan tekapkan pada bahagian bawah mata, dahi, pipi, hidung & dagu..
  5. Ratakan dengan span
  6. Nak lebih blend, Nor guna Kabuki brush..memang akan lebih sekata
  7. Akhiri dengan Mekap seperti biasa
Lepas ni kalau ada rezeki lebih nak rembat 05 Mocha plak..boleh buat shading & samarkan parut2 jerawat
Tak rugi kalau nak cuba..lepas ni Ronasutra ni akan jadi my favourite powder after Silky girl..dah lama pakai silky girl..tu rasa cam nak tukar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring