Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, March 19, 2010

Resepi Seafood Masak Portugis



2 hari lepas teringin sangat nak makan seafood masak portugis. Actually sebelum ni penah makan dekat restoran Atap-Atap, Amcorp Mall PJ. best tau dengan lauk die banyak mmg puas ati. rega pun x ah mahal mana. actually makanan die letak dalam bungkusan aluminium pastu ada daun pisang dlm tu..masakan ni bukan goreng tp bakar (mungkin dlm ovan jer)..so yummy

Sbb teringin nak makan Nor decide nak masak sdiri aje. Klu bg tau my hubby nak mkn kat Atap2 sure die ngamuk sbb ari kj bukan cuti wei!!..x de kj die dr Amcorp Mall balik Klang pastu patah balik ke Amcorp Mall. Nor x ah kejam sangat..Sian die nnt..hehehehe.

sbb x de paper aluminium and ovan pun x de. Nor masak atas dapur jer. Mmg jadi, rasa pun sama, cume kureng urmmppp..maybe sbb x de daun pisang kot..kuang2..So layan je lah resepinye.

RESEPI SEAFOOD MASAK PORTUGIS


Bahan-Bahan

1) 7 Ekor Udang Saiz Sedang
2) 3 Ekor Sotong Saiz Sedang
3) 2 biji Kacang Bendi / petai/ kacang panjang
4) daun kesum/daun limau
5) 1/2 biji limau nipis
6) garam dan gula
7) air


Bahan Kisar

1)1 biji Bawang Merah Besar
2)2 biji Bawang Putih
3)3 batang serai
4)5 biji cili kering
5)1 biji cili merah besar
6) 1" belacan

Cara2

1)kisar semua bahan kisar (jngn terlalu lumat sngt)
2)Tumis Bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak; klu kuah pekat sngt campur sdikit air
3) masukan daun limau/ daun kesum (jika suka)
4) masukan garam gula secukupnya
5) masukan udang dan sotong, kacau
6) masukan bendi yg dah dipotong ( nak letak petai/ kacang panjang pun blh), tabur kat atas jer jngn kacau
7) perahkan asam limau td
8) tutup kuali dengan penutup (nak bagi bendi tu masak skit)
9) Tara dah siap..leh hidang mkn ngan nasi putih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring