Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 16, 2013

Projek DIY ~ Poodle Flower + Jahitan Manik


Salam,

Projek DIY lagi.. memandangkan bulan Feb ni majlis perkahwinan adik lelaki bongsu & tema kami pihak lelaki warna cream.. adoih!! mana plak nak jahit baju ni.. nak beli peplum cream ker? boring plak asyik peplum jer kan? alih2 baru teringat dalam wardrobe tu ada baju kurung moden warna cream.. Baju tu Nor pakai masa raya tahun lepas .. click sini

Memandangkan masa raya tu dah pakai dah, so tetibe macam, erkkk!! tak kan nak pakai baju tu lagi.. so nak beli & jahit macam membazir ler plak, sebab warna cream ni jarang2 pakai.. So google2 tu ada ler nampak baju orang jahit letak poodle flower ni.. dalam hati cakap " COMEL NYE". tapi majority dorg pakai untuk majlis kahwin & bertunang.. tapi aku nak pergi majlis orang kahwin ajer..bukan aku yang nak kawin or tunang..hahaha ** ayat tak boleh blah!!.

So bertekad dalam hati, kalau nak berfesyen ni jangan takut pada kutukan..janji ko rasa happy & yakin dah cukup..betul idak? skang ni merata tengok orang pakai baju warna merah seluar hijau..ok ajer.. orang cakap trend " COLOR BLOCK".. kalau bukan trend tu dah lama dah kena kutuk.. GILO APO! pakai baju cenggitu...hehehe

Tanpa membuang masa & tak ngecek pun dalam walet tu ada RM15 inggit ajo, apa lagi, ajak suami pergi terjah seksyen 18 pergi beli kain satin & manik sikit. .. Total harus dibayar hasil rembatan 2 meter kain satin warna coco & cream tu (untuk buat poodle flower), plus manik skit2 semuanya RM 14++..nasib baik duit cukup..** hampeh, kain satin tu tak boleh beli 1/2 meter...minimum 1 meter ler plak..

Dan hasil dari kesungguhan tu



ok tak? agak2 boleh buat business? hahahaa....masih ada sikit nak touch up tu..



** lepas dah siap jahit baru perasan Nor jahit manik & poodles tu kat sebelah kanan..sepatutnye kiri.. yelah nak sandang beg tu kan sebelah kanan rosak ler plak...akpe lah, redha..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring