Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 15, 2011

Cucur Udang Rangup

Pepagi ni entry pasal makanan plak mentang2 pagi tadi masak cucur udang..hahaha
Saja kongsi resepi ni sebab kadang2 cilok resepi kat net banyak yang tak jadi..so olah sendiri..try & error sendiri lagi seronok..

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

Gambar ehsan google aje sebab cucur tu dah selamat dlm perut..tapi bentuk ala2 sama

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar  tepung beras (Bahan ni yang bagi rangup cucur)
Air
5 ekor udang besar/kecik (potong2)
1 sudu besar bawang merah goreng (cucur akan ada bau wangi bawang goreng..best)
Taugeh (suke ati nak letak banyak mana 1 genggam or lebih)
Daun kucai (potong 2 inci)
1 batang Karot saiz sedang (potong panjang2 & nipis  dalam 2 inci)
Gula & Garam

Cara-Cara
  1. Tepung beras & Gandum Diayak
  2. Campurkan semua bahan2 kecuali air , Gula & Garam
  3. Masukan air sedikit demi sedikit & gaulkan rata..Adunan jangan terlalu cair or pekat.(bahan2 biar bersalut dengan tepung)
  4. Masukan Garam & Gula, kacau rata lagi ( tak rasa sangat pun takpe sbb makan ngan sos/kuah kacang)
  5. Panaskan Minyak & boleh digoreng (adunan cucur Nor suka goreng buat kecik2 jer..baru terasa rangup die)

RESEPI KUAH KACANG EKSPRESS

Bahan-bahan

2 biji cili kering
2 biji bawang merah saiz kecil
1 ulas bawang putih
2 sudu besar kacang goreng yang ditumbuk
sedikit air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan air)
Gula & Garam (secukup rasa)

Cara-cara
  1. cili kering, bawang merah & putih diblend bersama air
  2. Masakan bahan yang diblend tadi sehingga hilang bau cili (kacau selalu)
  3.  Masukkan kacang, cuka, Gula & Garam (kacau lagi dan rasa)
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung & kacau rata (biar kuah pekat sikit)
  5. Siap untuk di cicah ngan cucur udang.
Nota : kalau kuah tu kurang air, boleh tambah air kalau cair sangat boleh tambah tepung jagung..ikut kesesuaian.

5 comments:

Cik Siti Hajar said...

feveret ni....:)

Life as AsMissY said...

Mun, sejibik mcm masterchef malaysia nye cucur udang.. wat le, lg, leh rs.. hehehe

Cik Puan Nor said...

ada ek cucur udang masterchef?hahaha..ini homechef jer..insyallah..kalau rajin boleh buat..

Life as AsMissY said...

ad yang.. last week series, chef ajar wat cucur udang traditional.. hehehe.. layan gak ar tgk even k as x pandai sgt msk.. huhu

Unknown said...

kena goreng petang ni hi hi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring