Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, June 20, 2011

Edit Gambar Pemenang GA ~ Yana


Rindu sangat nak update blog, tapi memandangkan kerja yg banyak dan baru aje dapat masuk ofis lepas 1 minggu cuti.

Bukan saja2 cuti tau, tapi Syahir tak berapa sihat. Selsema, sakit mata & alergic. Semua penyakit tu dtg serentak dlm 1 minggu ni. Nor redha aje dengan ujian Allah tu. Dugaan betul bulan ni.. nak citer pun rasa sebak dlm dada **ceh!! berlakon ker?

Sebelum Syahir jatuh sakit, mmg dah dapat berita sedih gaji start bulan ni kena potong. bukan Nor aje, tapi semua staff kat cni kena potong memandangkan company ngah ada problem $$ skang ni. Lepas tu Syahir dah start tak sihat, lepas tu Nor plak Sakit dpt MC 2 ari..skang ni pun lum betul2 ok lagi. Tapi cuti pun dah abis, nak wat camne kan? Dugaan..tak per2, doakan Nor dpt kerja lain yg lagi ok yer sbb skang ni mmg berpulas2 cari kerja lain ni **mana tahan woo!! kj lambak gaji kena potong plak, pastu gaji lambat lagi..org gaji dah abis, kita bru dpt gaji! sedih tau

Anyway, dlm sibuk2 pun sempat jugak edit gmbar si comel yana pemenang GA "My Lucky Follower tu" hadiah lum pos lagi yer darl sbb mmg bz skang ni.. mcm tak dpt nak pikir dah



Gambar Sebelum



Gambar Selepas



PST --> Yana, any comment inform yer..

Tuesday, May 31, 2011

Jalan-Jalan Hujung Minggu

2 Minggu lepas Ayah Syahir bawak weols jalan2..conok gak rasa dah lama dah tak kuar jalan2. Mana taknye, Ayah Syahir asyik bekerja jer weekend..bosan ler kalau kat umah..

Mesti pintu besar tu bagi tutup jer, kalau bukak jer Syahir mule ler merengek nak kuar..sian ler plak nengok..slalu bukak pintu dapur aje..angin kat blakang umah best skit mcm duk kat tepi pantai ajer..huhu..conok ler Syahir dpt tengok lori lalu lalang kat blakang umah tu..


kat Giant Seksyen 13..dah lama tak pg cni..




Lepas penat jalan2 tidur ler plak..syurga jer tengok Syahir tidur...




Monday, May 30, 2011

Hari Pertama


Hari ni hari pertama hantar Syahir ke Tadika aka Nursery ler kan. Kesian Syahir muka terpinga2 bila teacher Yati dukung pagi tadi..

Sorry Syahir, ibu terpaksa hantar Syahir kat nursery sbb acik Mie (pengasuh Syahir yang dulu) dah tak dapat jaga Syahir dah sbb kesihatan acik Mie yg tak mengizinkan (ada darah tinggi, keturunan kot)

Hopefully Syahir dapat sesuaikan diri kat tempat baru pastu dpt ramai kawan baru..




Kebaikan hantar anak kat rumah orang

1) pengasuh tu jaga anak kita jer..tak de budak2 lain
2) pengasuh tu dapat beri tumpuan penuh kat anak kita aja
3) lebih terjaga (kalau pengasuh tu jenis yang ok pastu suka budak)
4) tak de ler risau anak kita kena buli (tapi kalau pengasuh tu ada anak kecil sama jugak, tak pasal2 buli anak kita, tapi tak marah pun anak dia..sayang anak katakan)

Keburukan hantar anak kat rumah orang
1)kalau anak pangasuh sakit, sure anak kita sakit skali (antibodi tak kuat)
2)kalau pengasuh tu ada emergency, terpaksa kita ambik cuti ler (upah tetap jalan tau)
3)kalau kita MC ( kadang2 segan nak antar anak kalau ttb kiter cuti, nak lagi kalau pengasuh tu tinggal depan umah jer) **upah tetap jalan..RUGI
4)kalau cuti skolah, mula ler pengasuh nak cuti sama (balik kmpg ler) **masak klu kita kena ambik cuti tak bergaji, kadang2 upah tetap jalan..RUGI
5)kalau pengasuh tu ttbe emergency nak kena ambik cuti, rasa cam segan kalau nak cut upah dia (terpaksa bagi penuh jugak) kalau tak bayar penuh mule ler kakak2 ujung rumah yg jaga anak org jugak tu berckp ala 2/3 ari pun nak berkire ker? nak potong ker upah **diorang tak sedar kita nak cari rm10/20 tu punyer susah, tak pikir ker apa hukum makan duit org tanpa buat sebarang kerja..dah nama kerja kita kan, so buat ler secara amanah..


APA PENDAPAT UOLS??

alhamdulillah..stakat ni Nor tak de ler rasa cam berkira ngan pengasuh ni (masa antar jaga kat umah orang), dorg willing nak jaga anak kita pun dah bersyukur. kalau setakat kak pengasuh tu nak kena ambik cuti Nor still bagi upah dia penuh tak de ler nak potong2 bagai ni..

Kadang kalau bagi upah mesti bawak buah tangan skali, buat kebajikan ler jugak kan?

Pastu kalau Nor ambik cuti, saje or MC still Nor jaga anak tak de antar kat kakak pengasuh tu pun..**ramai kakak kat ofis ckp rugi kiter bayar tapi tak antar anak...ermm, tak per ler janji anak depan mata pastu lagi secure kalau kiter jaga sendiri..



Friday, May 27, 2011

Sambutan Hari Ibu di Taman Perumahan


Alhamdulillah...Agak aktif jugak ler Taman Perumahan Nor tinggal skang ni **tak de ler mcm katak bawah tempurung @ buat hal masing2.. Mana tidaknye, tiap2 bulan mesti ada 1/2 aktiviti **kadang2 meeting pastu ada buat mkn2

Entry kali ni plak pasal sambutan Hari Ibu minggu lepas. Walau dah terlebih harinya, tapi weol tetap buat saja2 jer untuk appreciate kaum ibu kat cni. Mmg meriah ler, kol 8.00 mlm ada bacaan yasin pastu mkn2 plak menyusul lepas tu.

Layan gambar weols dat day..walla




Nor sumbangkan kek coklat moist home made punye tau..huhu..cer teka mana satu yg Nor buat?..hehehehe



Tengok ler Syahir yg tak mahu didokong..**konon2 nak berjalan sendiri ler, padahal merangkak belum lagi..huhu..sabar je la






Kaum bapa konon2 sibuk meeting..hehehe






PST --> Aktiviti yang akan menyusul lepas ni adalah Sambutan Hari Bapa plak..nak masak per yer?


Wednesday, May 25, 2011

Senarai Pemenang Giveaway "My Lucky Follower Oleh Aku Awekelantan


Firstly Nor nak mintak maaf sangat2 sbb sepatutnya semalam Nor umumkan senarai PEMENANG GA ni. Tapi faktor kesihatan yang tak mengizinkan Nor terpaksa ambik cuti & berehat aja kat umah (kat umah tak de tenet, so tak dpt nak update yer)

Memandangkan kesibukan cik suami ngan kj2 kat Taman Perumahan tu, terpaksa ler Nor gunakan khidmat True Random Number Generator ni. Tak kisah ler, janji dpt senarai pemenang tu ngan adil & saksama..ok, kite tengok senarai PEMENANG skang, berdebar tak??



PEMENANG PERTAMA (WINNER)


No 17. Yana



PEMENANG SAGUHATI 1&2 (CONSOLATION)



No 56. Deqlis


No 35. Nadiah


TAHNIAH kepada semua PEMENANG, kepada semua PESERTA Nor nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi join & memeriahkan GA ni..

Kepada PEMENANG PERTAMA, sila emailkan alamat & gambar pilihan anda, manakala kepada PEMENANG SAGUHATI, sila emailkan gambar pilihan anda ke email nor_baiduri@yahoo.com


SEMUA KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD!!


Friday, May 20, 2011

So Long....Farewell Jason


Today is the last day Jason aka IT Executive dekat company Nor kj ni..He's resigning..

So now on, Nor will take over semua kerja2 Jason..perghh!! lagi banyak kj aku ni..Tapi nampaknye boss still ada perasaan, beliau telah melantik someone to assist my task...

Sempat bergambar ngan Jason..sob..sob


Walaupun tanggungjawab makin besar, tapi gue masih sudi senyum..**dalam ati Tuhan aja yg tau



Hari Jumaat yang indah...

Me & Jason..


Thursday, May 19, 2011

Senarai Penuh Nama Peserta My 1st Giveaway

EDITED ON --> 19/5/2011

Pertama skali Nor nak ucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi join giveaway ni. Tahniah kepada anda semua, tanpa sokongan daripada anda, mmg giveaway ni takkan berdiri seteguh ini **eceh ceh!!.. Terima Kasih Sekali Lagi dari Nor & Syahir..hehehe

Untuk senarai Peserta My 1st Giveaway "My Lucky Follower Oleh Aku Awekelantan" akan dilistkan kat Entry ini.. Kepada Peserta yang dah join..tapi Nor terlepas pandang/tercicir namanye mintak tolong bagi balik link anda kat comment di entry ini ya..TQ





SENARAI PESERTA







11. Farhana 12. Fieda 13. Cikanna 14. Mrizal 15. Fazlim


16. Numasara Hana 17. Yana 18. Anim 19. Oshin 20. Adyshariz




51. Aleesya's Mummy 52. Lin Azlin 53. Dyahaha 54. Noor Fatin 55. Alya
56. Deqlis 57. Syima Emi 58. tiefazatie 59. dilazfamily 60. azie










PST---> kepada semua peserta..3 PEMENANG akan dipilih secara cabutan oleh pembantu Nor iaitu EN SUAMI..hehehehe


1 PEMENANG UTAMA akan mendapat 1 set mekap avon+edit gambar, manakala 2 PEMENANG lagi Nor akan edit gambar secara percuma. PEMENANG akan diumumkan pada hari SELASA 24 MAY 2011..stay tuned...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring