Tuesday, May 3, 2011

Bukan Senang Nak Jadi Senang!

Uols setuju tak ngak Tajuk entry ni?

"Bukan Senang Nak Jadi Senang?"

Bagi Nor mmg Nor sokong sangat2.. bukan senang tau uols nak jadi senang ni ..kena kerja keras tau!

Kalau diikutkan pun Nor bukan dari keluarga yang senang dah mmg biasa hidup susah uols! Masa kecik2 Nor ingat lagi dengan adik beradik yang seramai 10 orang. Ayah cume bekerja sebagai nelayan dan Mak plak kadang2 buat kerja kampung tolong buat keropok, ikan masin, budu pastu ada ler lagi.

Dulu mmg Nor bukan jenis budak yang rajin pi skolah..malas especially time tadika..imagine dalam sebulan Nor pergi 1 kali aja..hahahaha!! Tapi semua tu berubah lepas Nor dah masuk sekolah rendah. Rajin woo!! tak penah ponteng pastu dalam kelas selalu ler dapat no 2 atau 3 tu..No 1 tak penah sebab member2 semua pandai2. Faktor perubahan tu maybe sebab cara berkawan. Best friend Nor budak yg slalu dpt no 1 dalam kelas ktorg..Kerja dia STUDY aja. Dah berkawan ngan budak rajin secara Automatik kita pun jadi rajin jugak! Namanye pun pelik jugak SITI NUR QUMARINA **ingat sampai skang tau..tapi friendship ktorg tak lama sbb Siti dah pindah sekolah lain..**sob sob

Masa sekolah selalu berangan kalau dah besar nak jadi CIKGU. Kerja bagus2 pastu ada kereta & rumah sendiri, boleh tolong mak sikit2. Orang cakap dari angan2 tu ler boleh menjadi pendorong kejayaan kita. Kuncinye cume USAHA & TAWAKAL ** kalau berangan tak usaha tak de gunanya jugak. betul idak??

Alhamdullilah impian untuk kemenara gading dan memegang segulung diploma & ijazah tercapai sudah. Tapi impian nak jadi CIKGU tu tak plak tercapai sbb dah besar ni baru sedar tak minat pun jadi cikgu. Tak de talent nak ngajar orang pun. FAIL!! huhu

Nor & cik Suami pun mmg bermula dari bawah. Dulu kemana2 pun motor 125 YAMAHA tu jadi peneman kitorg. Alhamdullilah berkat usaha nak ubah idup sendiri & keluarga dalam mind selalu set "AKU PENAH IDUP SUSAH! AKU TAK MAHU ANAK2 AKU HIDUP SUSAH MCM AKU DULU!" Alhamdullilah, impian nak ada rumah sendiri & kereta sebelum umur 30 tahun tercapai jugak akhirnya! Syukur sangat2..

Maybe faktor kesusahan masa kecik2, baju raya jarang berbeli, baju sekolah pun jarang bertukar, kasut sekolah lagi lah. Sekarang dah bekerja & dah pegang duit sendiri ni jadi pemboros plak! apa yang Nor nak mesti Nor cuba dapatkan walau bende seketul kecik pun berharga beratus2. huhu..memamg DASAR pemboros skang ni!! baju & tudung boleh dikatakan tiap2 minggu beli..**baju & tudung dlm almari dah tak de space dah! Tapi tak de kisah mana pun duit usaha sendiri & POW cik suami. mmg satu KEPUASAN!


PST -->> Entry kali ni saja nak share ngan uols yang tak semua orang yang HIDUP SENANG tu asal dari keluarga berada. contohnya pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, pengasas DN' HANS tu, semua tu pun bermula dari bawah. Ceh!! mcm dah jadi pakar kaunselor plak. Anyway USAHA TANGGA JAYA!


1 comment:

ctwAwA said...

setuju usaha tangga kejayaan..hargai apa yang dimiliki sekrang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini..Sharing is Caring